kak sal's FotoPage

By: kak sal salihah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 1-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy New Year 2008

 
 
 
View all 24 photos...



Tahun ni Kak Sal tengok Lonon New Year Parade dekat Picadally . Seperti biasa keluar mesti lambat punya, kami ingat parade dah habis, rupa-rupanya belum mula pun! Jadi,kami dapat pilih tempat dekat dengan stage. Dapat tengok macam orang, ragam, costume.

Habis tengok parade, kami terus jalan ke Buckingham Palace. Saje nak jenguk Queen, tapi rasanya Queen tak de kot.....




Monday, 31-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Gunwharf Quays,Portsmouth

 
 
 
View all 9 photos...
Di mana Kak Sal mengahbiskan masa di hari terakhir tahun 2007?? Haaa, kali ni kami bawa Kak Sal ke designer Outlet di Portsmouth. Maka, sakan le Kak Sal bershopping. Mana nak beli untuk diri sendiri, mana nak beli untuk orang. Punye seronok sampai terbeli kasut rege mahal yang disangka murah. Ni salah Lin, dia pun tertipu sama!!! Tapi bak kata Kak Sal, bila lagik nak merasa,kan??

Disebabkan kami keluar rumah dah agak lewat(biasa la tuuuuuu...), maka kami tak sempat nak ronda-ronda bandar Portsmouth ni, sebba dah gelap. Portsmouth ni terkenal sebab ada pantai, tapi macam Hariz cakap,"TAK HAMPAK PUN..."...
ENjoy the pictures, tengok je ye, nak belikan tak dapat le...





Saturday, 29-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Portobello Market

tuan kedai yang dapat banyak duit dr Kak Sal
tengah belek-belek
 
View all 11 photos...




[b]Okay, kali ni kita ke Portobello Market, one of the famous market in London. Just 15 mins by bus from Lin's place. Kalau naik kereta lagik cepat, tapi, nak carik parking mau 1 jam lom tnetu dapat!!!

Jadi, Kak Sal naik bus aje le, Hariz pun memang suka naik bus, Upa!!!

Portobello Market ni paling meriah hari Sabtu, sebab pasar dia lagi panjang, dan ada orang biasa jual2 barnag2 antik gitu. DI sini tempat beli souveinir yang lebih murah berbanding kedai biasa, cuma tak banyak design dan pilihan mcm kat kedai la. Kat sini ada jual sayur2 fresh. seronok tengok sayur2 dia.

Okay, itulah dia Portobello Market.


Friday, 28-Dec-2007 15:50 Email | Share | | Bookmark
Stonehenge

Singgah kejap di Bath
 
tu le batu batannye
View all 8 photos...
Dari Bristol, walaupun hujan, kami menuju ke destinasi seterusnya. Haaa...kali ni Kak Sal nak melawat one of World Heritage Sites, iaitu STONEHENGE.

NAmun,,hajat nak tengok dari dekat berkecai bagai kaca terhempas, kerana kami sampai 5 minutes sebelum pagar ditutup. Hari cepat malam walaupun baru pukul 3 lebih.

Jadik, Kak Sal cuma sempat bergambar dari jauh je la, dah le hujan masih renyai2. KAmi harpa Kak Sal seronok walaupun tak dapat tengok dari dekat. Sorry ye Kak Sal!!!



Friday, 28-Dec-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Bristol

depan travelodge
S>S Great Britain
 
View all 18 photos...
Perjalanan diteruskan sekitar bandar Bristol. Selepas check out dari hotel, kami ke rumah kawan Ezam & dijamu breakfast nasi lemak. Terima kasih banyak2 tuan rumah! Cuaca masih tak berapa bagus, hujan aje. Tapi kami teruskan juga agenda kami! Mula-mula ke S.S Great Britain, tengok kapal lama. Lepas tu, ke city centre dan sekitar Bristol Uni, Hariz sempat tunjuk tempat dia dilahirkan pada UPA dia! Sempat juga ke stesen keretapi Bristol, lawa bangunannya. Dalam hujan, kami redah ke Suspension bridge, salaah satu tempat menarik di Bristol.

Kami kena cepat2 beredar untuk ke tempat seterusnya! Tungguuuuuuuuu..




[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net